Tuesday, 25 October 2016

service chainsaw

Service chainsaw dihujung minggu. Jarang service sampai bahagian dalam penuh dengan habuk kayu, nak jimat service je sendiri bukan susah pun bukak je mana yang boleh bukak tengok mana-mana bahagian yang kotor cuci sampai bersih letak minyak sikit. Mata chainsaw kalau agak-agak tumpul asah saja tak perlu ganti baru.


Chaisaw saiz kecik saja senang nak guna dan mudah dibawa kemana-mana.


Tuesday, 17 November 2015

Jom buat troli welding

Jom buat troli welding. Troli welding untuk mig atau tig ni kalau beli dikedai boleh tahan mahal jugak harganya, baik buat sendiri guna besi lebih tebal dan tahan lasak. Kos buat sendiri jauh lebih murah. Dari segi rekabentuk terpulang pada kepada kita samada nak buat troli asas atau pelbagai fungsi, saiz pun bergantung pada jenis mesin welding dan tong gas yang kita guna. Saya lebih suka yang bersaiz compact dan pelbagai fungsi.


sementara tunggu siap guna troli barang


cat warna biru


saiz compact supaya mudah dikendalikan

Jom buat pergola sendiri

Jom buat pergola sendiri saiz sederhana, boleh letak di laman rumah yang terhad. Kayu boleh guna kayu baru atau kayu terpakai, cuma kalau kayu terpakai kene banyak kerja sikit untuk buang paku, tampal lubang dan mengetam permukaan jika perlu, tapi kalau guna kayu terpakai lebih murah dan kadangkala lebih menyerlah.


proses pemotongan

sebelum dicat

selepas dicat

siap

boleh gantung bunga dan letak sangkar burung puyuh.


Tuesday, 15 September 2015

Jom pelihara puyuh di halaman rumah

Jom pelihara puyuh di halaman rumah. Jadikan burung puyuh sebagai haiwan peliharaan anda di laman rumah. Setiap hari boleh kutip telur puyuh sendiri, syaratnya makan dan minum puyuh cukup. Najis puyuh pula boleh buat baja tanaman sayur dan bunga di laman.







My DIY Tool Cabinet

Tool cabinet menggunakan rangka besi supaya kabinet lebih kukuh dan mudah di gantung atau dilekatkan di dinding. Dinding pula menggunakan plywood tebal.
 
 cabinet frame
Peralatan pertukangan lebih kemas dan mudah disimpan.